Monday, December 15, 2014

suami, isteri, kerja dan duit

kopi pes dari blog inaachik.blogspot.com

Assalamualaikum wbt kesayangan...
Happy Monday. No Monday Blues. . . 


Suami...
Di saat aku keluar rumah utk mencari rezeki, tidaklah aku fikir untuk kerjaya aku atau untuk kesenangan dan kepentingan aku semata kerana aku sedar aku keluar dari rumah adalah dengan izinmu... 


Suami...
Di saat akad berwali ijab bersaksi, aku setuju jadi isteri kamu dan kelangsungan rumah tangga tidaklah ku harap dan ku letak atas bahumu sendiri, tapi aku ambil ia sebagai tanggungjawab bersama. 


Maka saya adalah isteri yang tak setuju dgn konsep duit suami is duit isteri, duit isteri is duit isteri. Kunun isteri keluar bekerja maka itu adalah hak isteri. Tanya balik, kita keluar bekerja dgn izin siapa? Kalau niat keluar mencari rezeki bagi meringankan beban suami, tiada istilah duit siapa... malah pahala besar utk sang isteri. 


#cintahalalcariredhaIlahi