Friday, February 11, 2011

Birth story_part 1: Arissa

Since I have been to labour room twice, I would like to jot down my experience delivering my little girls. So that when they grow up, they will know how thing happened along the way to bring them to this world.

Jumaat, 9/11/2007
Ummi pergi kerja macam biasa, kalau ikut perkiraan lagi 3 minggu due date. Everything as normal, takde sakit2. Dalam kul 10:30, ummi pergi tea break di kantin company. Lepas 20minit, masuk ofis dan mulalah rasa asyik nak pergi tandas. Kencing, tapi peliknya macam x puas2. setengah jam sekali g toilet. Sampai satu tahap, dalam kul 12 bila g toilet panties ummi basah. Alamak, ni dah kes terkucil ni (ummi ingat macam tu la)..then nak masuk ofis balik. Singgah jap tempat Kak Ana, story kat dia pastu suddenly dia dengan paniknya cakap ‘ehh...ko dah nak beranak ni... !!!’ ummi macam blur2..iye ke nak beranak ?x sakit apepun..pastu dia cakap lagi ‘ko taknak g hospital ke ??ko nak akak antar ke ?? ha ape dia ?xpela saya ok lagi ni...saya boleh pergi sendiri (sambil nk amik belonging at my place). My boss pulak tanya ‘Aishah,are you OK ?? ‘ yes, i’m ok. Don’t worry, anyway I’m going to hospital now. Again, kak Ana yang panic berkejar ke tempat ummi sambil offer diri nak antar. It’s ok kak, saya ok. Sebelum keluar singgah toilet jap, grabbed cotton rag (kreatif plak sebab terpikir nak lapik seat takut kena darah).dalam kereta berkira2 nak balik umah jap sebab nak amik air selusuh ngan makanan sikit.sempat call abah bgtau keadaan, dia suh g hospital cepat sebab dia xde transport. Masa naik tangga nk masuk umah kat Sek 7 tu dah start rasa sakit, macam nk buang air besar, memulas-mulas. Dapat je air selusuh, on the way ke pintu, darah menitis kat kaki..Ya Allah, tiba2 jadi panic tengok darah. Ummi cuba bertenang, lock rumah, masuk kereta dan start drive. Masa nilah start contraction, terasa memulas sangat perut, tak selesa. Bimbang jadi apa2, ummi baca ayat2 Quran, ayat Kursi dan segala ayat yg teringat sambil menyelitkan cotton rag tadi kat celah peha.Dekat Sek 19, dah nak sampai hospital ade construction plak..jammed sikit, alhamdulillah still boleh gerak. Bila dah sampai hospital, ramai patient tggu gynae Dr Siti. Ummi cakap dengan nurse “nurse, saya rasa dah nak bersalin ni…” puan tunggu dulu ye..doktor ade patient..jap lagi saya panggil…Okla, dah orang suh tggu jap..tapi pas 3 minit ummi tak tahan…”nurse, saya dah nak bersalin ni…tengok ade darah meleleh ni…’terkejut badak nurse tu…haa…puan dah nk bersalin ni..cepat dok atas wheelchair ni..(eleh, tadi aku dah bgtau ko buat dek je!suh tggu la) saya ingat nak jumpa Dr Siti je..(laa..kan dah bgtau nak bersalin!ko ni kena jumpa pakar telinga ni-cakap dalam hati laa)Dr Siti plak:’eh you kan baru datang last Wednesday, where’s your husband??you datang macammane?let me check your opening”..
It was 5 cm dilated already!!So I was immediately brought to labour room at 1noon. Sakitnya hanya Allah tahu..contraction demi contraction. Abah sampai lepas je ummi masuk labour room. Memang sakit nak mengeluarkan sebuah nyawa anugerah Allah ni, rasa nyawa kita pon nak tercabut..Tepat2 4:13pm, Arissa selamat dilahirkan lepas beberapa kali push alhamdulillah…terkejut masa doc letak Arissa atas perut ummi sambil dia tarik keluar uri. Syukur tak terhingga..
Tapi ceritanya tak habis di situ…ummi bleeding (tumpah darah)agak teruk.kalau normal orang hilang darah 200ml, ummi hilang 1000ml..dah borderline nak masuk darah lain.badan rasa lemah, sedar tapi tak bermaya..kejap rasa panas, kejap sejuk, kejap rasa weng kepala..boleh dengar conversation between abah & dr Siti
Kenapa dengan wife saya doctor?
I pun x sure kenapa..rahim dia suppose dah mengecut and stop the bleeding but blood still come out..
Is there anything that she taken before?ubat, jamu?
Takde doctor..
Then I suppose we have to wait.. I think she will be fine..pls ask her to rest..
Ummi hanya boleh pandang diorang berdua…rasa sayup2 je suara..then ummi tanya abah"baby mana bang?bawa sini boleh?nak tengok…dia tak menyusu lagi…
“kejap, nurse tengah bersihkan…abang kuar kejap ye…sayang rest dulu…awak kena rehat, kalau tak darah tak berhenti...
Memang tak boleh nak tidur, rasa takut nak pejam mata..darah still keluar and I felt weaker..
Tiba2 mak masuk labour room..rasa nak menangis..mak ampunkan dosa anakmu ini..kalau ditakdirkan nyawa ni tak panjang…mak suruh rehat, bertenang..
Bila mak keluar, leaving me alone…badan tiba2 rasa sejuk..dengan lemahnya ummi panggil nurse, suruh matikan aircond sambil tanya ‘suami saya mana nurse?panggil dia…panggil dia…’
Kenapa la ummi takut sangat kan..rasa dah lama sangat dok dalam labour room..dari kul 1 sampai kul 8malam..
Abah datang bawak Arissa…Arissa tidur..mengalir airmata ummi tengok Arissa..You are such a beautiful gift from Allah…Sungguh tenang, damai melihatnya..tapi ummi tak bermaya nak pegang..teringin nk cium Arissa, nak belai, nak peluk..Kulit putih bersih, rambut hitam lebat..walaupun kecil 2.56kg tapi sempurna fizikal, sihat..bila ummi tengok abah, nampak dia tengah lap airmata dia..tak sanggup tengok ummi sakit agaknya..
Suddenly Dr Siti masuk..check ummi and cakap ‘I think she’s okay now..we can move her to ward”Alhamdulillah..Tepat 8:30 ummi masuk ward, mak, Mak Su, Mak Cik, Mak Long ramai lagi la ade.. tapi ummi masih blurry, asyik pegang tangan abah takut dia pergi mana2..kesian abah, sampai tak makan lagi..then mak datang bgtau ‘syah, zul tak makan lagi dari tadi..biar dia makan, nanti Nur tolong kamu buka contact lense dan bagi minum air OK’..
Ummi cuma larat minum air seteguk dua lepas tu terus tidur..dan esoknya bermulalah episode baru kehidupan ni sebagai seorang ummi kepada Arissa Zahirah Zulkeply…

Wednesday, February 9, 2011

A trip to Zoo


Achievement from "my plans":30%
Jom g ZOO!!

Arissa first time tenok gajah!

giraffe ummi!!tinggi...

budak bucuk!asik nangis je kat Zoo, tak suka g sana ye..

so far okla utk learning process Arissa. So dia boleh tgk real elephant, giraffe, penguin, poney, sea lion, tiger etc..Aqilah la tak berapa suka, nangis rimas kot.ramai sangat manusia. dia pon bukan tau ape, cuma nak tidur, susu, nak main ngan nak ummi dukung.kitorang sampai kul 12 noon n kuar kul 4petang.balik rumah nenek tgk baby baru (Haziq punya adik) lahir 26.1.2011 dengan berat 3.41kg.

Mohd Harraz dan Aqilah yg nampak mcm besar sgt..

Monday, January 31, 2011

rancangan

Despite of working, my mind keep on thinking of the activities to be done this upcoming long weekend.
nak bawa anak2 g jalan..Arissa asyik ajak g zoo since masa g Chiang Mai dia kata abah ngan ummi g keje naik gajah(!!)note:kids, they will believe thing easily without any doubt.so jgn tipu anak k!

nak bawak anak2 g taman tasik, Arissa boleh kayuh basikal (lepas repair seat nye), ummi ngan Aqilah berjalan, abah jogging.

nak g mandi manda kat Sunway Lagoon (but subjected to budget by finance controller)

nak upgrade my cooking skill by trying some new recipe.

nak kemas another room yang sekarang ni jadi stor, transfer it to actual room so that Arissa dan Aqilah boleh main dalam bilik tu. sekarang ni Aqilah dah merayap serata rumah dari depan ke dapur, dari bawah meja ke bawah kerusi sampai ke celah2 bedah, try to find small thing and swallow it.

nak kemas peti ais yang dah overloaded dgn stuff, kalau ade nyawa, peti ais tu dah menyumpah dan jeluak semua benda dalam perutnya.

Suddenly I teringat satu email yang I dapat and thinking to share it here:

We have 3 stupid stages of life………..

Teen age:
Have Time + Energy …but No Money

Working Age:
Have Money + Energy …but No Time

Old age:
Have Time + Money …but no Energy


The quotes are damn right!Time is so precious especially to be spent with our kids, family. So plan wisely activities to be done and hang out with our family without thinking much on working and money issue.duit dan kerja boleh dicari, masa takkan dapat ditukarganti.

Juga tak lupa masa yang perlu kita habiskan untuk tunaikan tanggungjawab kepada Yang Maha Pencipta..

5 kekayaan..

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1- وجه جميل
1:wajah yang cantik
2- فلوس بالملاين
2:duit yang banyak
3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik
4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
Sabda Rasulullah s.a.w.

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan ,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

لغ عن الرسول ( صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آيةب
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat
Semoga mendapat manfaat.



Friday, January 28, 2011

Double joy

Mak dapat double joy on 26th January 2011.
1. Hadi (atau Pak Su) dapat masuk polis. So kami g antar kat PD utk masuk kem polis 6 bulan (sabar ye Aini...jgn sedih2).
2. Balik umah mak dapat call bgtau dapat cucu lelaki (cucu nombor 23). Nani dh selamat bersalin kat HUKM kul 6.30ptg. baby weight 3.41kg.

Syukur atas kurniaan Allah. Harapnya permulaan hidup yang baik bagi seorang bakal anggota polis dan juga seorang lagi waris arwah Haji Muhamad Ali dan Pn Hawa...

Wednesday, January 12, 2011

3 series

Dear Arissa & Aqilah,

ni sms yang ummi dapat dari seorang kawan sekolah ummi:

"Aishah!Selamat hari jadi..Welcome to the club of 3 series!:)"

Yes, last Monday 10th January was my 30th birthday..
And the next day 11th January was mak's birthday..
Mak's age is double of mine..
so mak a.k.a nenek is in 6 series..

how fast time flies..
Alhamdulillah, kehidupan yang Allah berikan ni..dapat anak2 yang comel, suami yang baik dan loving, mak dan keluarga yang supportive dan kesihatan yang baik..
semoga berkekalan dan dipermudahkan..dan semoga dikurniakan umur dan kesihatan yang baik untuk berbakti, beramal kepadaMu dan mendidik anugerah ini..

with love,
Ummi

Wednesday, January 5, 2011

ade aku kesah?

pelik dibuatnya..rata2 blog yg aku singgah mesti ade muka mamat ni..famous meletop-letop dia sejak Malaysia menang hari tu..sampai dalam paper pon ade artikel pasal WAG's (wife and girlfriend).ade aku kesah korang tu dah dimiliki?biasala tu.. yang aweks nye plak menumpang populariti yang mencanak naik.sape mamat yang dimaksudkan?hmm..keeper nye lah yg boleh tahan la orangnya pada pandangan mata aku ni..(dalam hati of course cakap mine one is waaayy better hahaha).
daripada cerita pasal dia, baik cerita pasal my girls..

Arissa...sooooo talkative...baaanyaaakkk idea.lagi satu jadi repetitive..

contoh scene dalam kereta

Arissa:"abah abah..kedai dah tutup kan abah?dah malam kan?"
abah :"iye...kedai dah tutup,dah malam.."
Arissa:"haa...dah malam..ummi ummi abah cakap kedai dah tutup kan..dah malam.."(macamla ummi yg dok kt belakang ni tak dengar abahnye cakap)

dah pandai rasa pening..
scene dengan nenek

Arissa:nenek..kakak pening la...
Nenek:haa??kakak pening??meh nenek urutkan..
pak uda:Arissa pening?pening tu kat mana?kat sini ke?(sambil point kat hidung)
Arissa: tak la...pening kat pala la...
haa..terkejut diorang...ingat dia budak kecik yg tak tau ape2 ke..
dah tau differentiate gender..
Arissa:ummi ummi, syahmil ade kutik..syahmil lelaki..kakak ade p*p*t, kakak pompuan..
kihkihkih...

Aqilah plak..dah dekat 6.5kg, 7months.dah start berdiri lepas2 tangan macam terer beno..
banyak kali tersadung, tersembam,terduduk, jatuh katil pon ade..
cepat sangat progress nye...masuk 5.5months dah start merangkak..
pantang nampak muka ummi...dgr suara ummi pon nangis nk mintak dukung..
suka memerap kat ummi ni..suka bau tiak ummi kot..

Anyway I'm gonna miss my girls..I'll be away for 4 days..so my mom will take care of them both..
Since asik tgk orang letak gambar masakan..akak pon nk letak jugak la..mak pon pandai masak hokay!

our last night dinner..ayam KFC sendiri buat,bolognaise chicken spagetthi dan sayur tumis kacang buncis +peria katak.obviously no rice.Italian plus Malaysian style.

so here we come..our second honeymoon yabedabedu!