Friday, July 5, 2013

18 tahun dahulu

18 tahun dahulu, pada 5.7.1995 arwah abah Haji Muhamad Ali bin Hj Din kembali ke Rahmatullah akibat komplikasi stroke selepas koma selama 18hari (if I m not mistaken)..terlalu sedikit foto yg ade dalam kenangan kerana arwah tidak gemar bergambar..
Daku masih di tingkatan 2 si sebuah SBP, dikhabarkan oleh warden berita dukacita sewaktu masih dalam kelas..baru 5 hari sebelumnya pergi melawat abah di hospital. Kesian mak, anak2 semua masih kecil dan masih bersekolah..ditinggalkan tanpa sebarang amanat dan harta..hari yg sama aku menerima berita kematian, hari tu juga aku menerima sahabat baru (sakit perempuan)..mungkin akibat terkejut yg amat..kenangan kami sewaktu zaman kesusahan amat banyak..namun terdapat kenangan manis juga bersama abah..sayangnya adik bongsu kami (2 tahun waktu abah pergi) tidak mempunyai banyak memori tentang abah..dan kebanyakan cucu2 nya juga tidak merasa kasih sayang atuk, hanya menumpang pada atuk nenek sebelah pihak lagi..
semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yg soleh..dan menjadi ahli jannah.