Arissa sayang,
Tahun kedua Arissa join ummi n abah menyambut Ramadhan..tahun lepas Arissa kecil lagi..baru pandai melangkah (note:start jalan umur 10 bulan).ummi ingat lagi kita pergi masjid untuk solat tarawikh kat sek 16, ummi tak boleh solat pun sebab asyik kejar Arissa..kejap2 jatuh sebab sibuk nak ikut budak2 lain berlari sana sini.try solat tapi terpaksa batalkan sebab Arissa start bangun dan melangkah (dengan gaya tak stabil) ke belakang..
Tahun sebelum tu Arissa dalam perut ummi..dalam 8 bulan gak..asyik tak larat puasa sampai tinggal puasa 18 hari (reminder:puasa ganti belum habis ye..)
Nanti bila dah besar Arissa mesti rajin puasa ye..jgn tinggal solat...jadi muslimah yg baik, doakan ummi dan abah..Jadi kakak yang baik untuk adik-adik..
-ummi-
Secebis kisah utk tatapan..
Ramadhan tahun ni kusambut dengan penuh kesyukuran...pertamanya masih dipanjangkan umur untuk menunaikan ibadah puasa bersama suami dan anak tercinta..bolehla menambah pahala di samping menajamkan skil memasak yang tak seberapa ni. keduanya, ada berita menggembirakan yang aku terima 2 minggu sebelum bermula Ramadhan. Aku anggap ini rezeki Allah dan sangat bersyukur atas pemberian ini. Tapi Allah Maha Penyayang..aku tetap diberi kegembiraan walaupun untuk tempoh 3 minggu sahaja..aku tetap dapat merasakan kehadirannya dalam tubuh ini..memang sedih bila menerima berita tu tapi aku redha..thanks abang untuk sokongan yang diberi..aku bernasib baik sebab suami sentiasa di sisi, tidak hidup berjauhan seperti sesetengah kawan2 ku..
3 hari MC dan keseorangan di rumah membuat aku sentiasa sedih..rasa kehilangan walaupun aku sudah redha..kata2 semangat seorang teman menguatkan semangat aku..beliau berkata janin yang tidak ditakdirkan untuk hidup di bumi ini akan memohon kepada Allah untuk berjumpa ibunya di syurga..kerana tak sempat merasakan kasih sayang dan belaian sang ibu..doa anak ini akan menjadi salah satu pemberat untuk aku memasuki syurga..thanks sherie..it really strengthen me.aku cuba compare kisah aku dgn orang lain,ade yg lebih teruk bilamana kehilangan sewaktu kandungan lebih besar..malah ada yg tak sempat mendengar tangisannya..atau meyahut panggila Ilahi secara tiba-tiba..apa sangat dibandingkan aku yang hanya belum sempat mendengar first heart beat baby ini..
Hari ni aku dah start bertugas walaupun belum totally recovered.aku cuma rasa sihat dan mengingatkan diri supaya tidak membuat kerja yang berat seperti mengangkat barang yang agak berat.life is back to normal..banyak urusan hendak dibuat..balik memasak untuk berbuka (note:aku n hubby tak pernah membeli kat bazar Ramadhan), melayan Arissa, uruskan rumah dsb..
Cakap pasal kerja, aku ada cerita pengajaran untuk semua..ni perbualan antara aku dgn seorang rakan sekerjaku yang berasal dari Vietnam dan beragama Kristian.
Mr P : Aishah, what is the purpose of fasting to a Muslim?
Me : That is what our God want us to do..it's an obligation in our religion.as reminder for us to think about other people that suffer of starving, to be grateful, to help poor people by paying donation (i mean zakat)..
Mr P : Is that meaning you have to help poor people during fasting month?
Me : Exactly but not only during fasting month, it should be done when you are affordable to do it..
Mr P : Muslim must have extra money during fasting month..no breakfast, no lunch but only dinner..For me, you can use that money to help others..it will be more meaningful as you saved it from your meal cost..but from my observation..Muslim tends to spend more during fasting month..You all will buy so many foods from stall and spend money for shopping before Hari Raya..Then it will not follow the objectives as you mentioned earlier.Then what is the purpose of fasting?
Me : (I terkesima sekejap..betapa begitu pandangan seorang Kristian terhadap objektif kita berpuasa)...Well, it's depends on your sincerity and willingly to help by donate money or what.If wants to get points (i mean pahala), then we should donate. I agree on some of your thoughts based on the phenomena in Malaysia..We grown up, it just how we manage to do whatever God ask us..Not everything need to be teached in detail, it's up to us to think about it.
He seems not satisfied with my answer..I've tried to answer it anyway..not so good explanation but OK la..
Just untuk renungan semua..apa yg dikatakannya tu ada kebenarannya..seorang rakan sekerja aku akan bercerita kos baju raya anak dan isterinya yang sampai RM300 sehelai..macam menunjuk pastu tanya aku punya..bila aku kata takde, pakai mana ade ataupun adela sikit...baju tak mahal..semampu yg boleh..dia pulak cakap "aku anak 3 pun boleh beli...ko baru sorang...gaji aku pun ciput je.."aku malas nak balas...diam lagi baik.
ade aku kisah baju raya ko mahal sangat..sampai beli kat Jakel..
sebab si Mr P tu dengar conversation ni la yg dia tanya aku soalan macam tu..
Bila dah dewasa aku baru sedar...apa sangat nilainya pakaian kita kalau sekadar dipakai untuk harap pujian dan kekaguman orang lain..ade orang lain yang susah dapat pakaian..makanan..ada kita fikir semua tu masa tangan mengeluarkan duit dari wallet..boleh bergaya sesekali..beli pakaian mahal tapi tak payahla terlalu mahal dan every year..pastu bercerita plak kat orang...simpan harga tu utk diri sendiri je...kan dah jatuh bongkak kalau bercerita kt orang..Astagfirullah...ampunkan aku Ya Allah...aku dah mengata orang..ni bercerita utk peringatan kita semua ye...bukan luahan perasaan aku semata-mata..
ape cite pegi Jakel.. aku pon beli kat situ gak, tapi jenis yg murah2 la. tak kuasa nak beli beratus.. nak kene dry clean bagai. heheh.. cakap kat akak tu 'duit aku, aku punya pasal la..' :p
ReplyDeletealahai arissa.. sepoh bulan dah jalan. anak aku nih dah setaun, nak melangkah pon takut2 lagi. huhu..
Echan, correction...'abang' bukan 'akak'..ala, x lama lagi letih la ko bila si budak tecit tu dah melangkah laju..kata orang lmbt jln tp cepat cakap.tp anak aku berjalan sama cepat dgn bercakap.
ReplyDelete