Thursday, January 5, 2012

Pengalaman kerja masa lalu

Kerja 1

Selepas SPM, akhir 1998 memulakan kerja sebagai minah kilang, sebuah kilang plastik..nama kilang Kenplus Plastic Sdn Bhd..Masa tu mana ade PLKN, summer camp bagai..habis SPM menghabiskan beras dan memenuhkan septic tank kt umah..

dengan basic salary RM400 (jer…) membanting tulang 4 kerat dari pukul 7am-3pm atau 8-5pm (ikut suka dia nk letak kita shift mana2)..kalau OT dpt la dlm RM500++.pergi balik naik bas merah (bas Selangor yg mcm zmn Jepun pnya bas)..kerja nya sgt teruk..jobscope:to trim excess formation from plastic components produced by the machine..machine ialah plastic injection mould machine, yg mana raw material adalah polymer dlm bentuk pallet dimasukkan ke atas mesin, dicairkan dengan haba bersuhu tinggi dan ditempa dengan mould yg sesuai utk hasilkan plastic component (dari sekecik2 component utk computer, refrigerator stand, air cond, plastic toys dsb)..kerja mesti mencapai target, let say target 5 kotak seorang satu shift, kalau x dpt…siap!kerjanya adalah trim excessive dengan menggunakan cutter, pilih rejected item..bila dh master bhgn ni, baru transfer jd machine operator.so ummi kerja sini dlm 6bulan, boleh kata semua machine ummi pernah jaga..mesin paling susah pon pernah jaga..insiden jari luka terkena cutter byk kali..berdarah lepas tarik barang dari mesin pon ade..memang pekerjaan jadi minah kilang mcm ni mmg susah+letih..gaji sikit tp Alhamdulillah..

Kerja 2

Masa ni dh masuk UM, sementara cuti semester 3 bulan tu..kerja dulu la..jadi operator tapi agak senang kerjanya..tempat kerja pon kt shoplot je, kerja menampal something like polistrene material dgn bentuk tertentu utk komponen aircond.kira mcm sub-con utk kilang ni.gaji RM500 8-5:30pm, xde OT.ade 3 org member sekali kerja..total pekerja pon dlm 10 orang je..

Kerja 3

Bekerja di sebuah kedai buku, yg menjual and trading second-hand books (storybooks,schoolbooks,Britannica)and magazines as well. Gaji RM3.50/hr, 6hrs per day. Sambil belajar sambil kerja.sometimes kelas abis kul 2, kul 3 dh nk rushing masuk kerja.tggu bas, naik LRT. Advantage of working here was I can study and revised lecture notes while waiting customers to come. Lebih kurang setahun kerja sini sampaila before final semester. I decided to stay in campus for the very last final semester, to focus on study. Rindunya kedai buku ni..

Kerja 4

Jadi operator la pulak….kerja di Pizza Hut call centre, pick up phone, take order and key in order to be delivered. Gaji RM4/hr.kerja yg agak relax dan fun dgn kwn2 sebaya yg ramai kerja situ.tapi nama pun kerja sementara, while waiting for convocation. Lagi satu best kerja sini sebab ade pakwe yg hensem and eye-catching….

Kerja 5

Kerani di Pusat Zakat Selangor, masa ni dh habis belajar.a friend of mak (ustaz) asking me to help him with clerical works. Just do some filing, tabulating list of Asnaf names. Answer phone calls and assist in seminar and agihan zakat. Quite interesting job however I need to be paid more, which impossible with the job scope..so solution is finding another better job..

Kerja 6

Memulakan kerja sebagai staff sokongan di UM, sebagai Research Assistant kepada salah seorang lecturer ummi. Kerjanya agak slow dan membosankan, mengumpul data utk projek Colloidal & Surface Chemistry miliknya, dengan grant yg dibiayai oleh kerajaan. Gaji?Not bad RM1300. Kerja yang slow dan lecturer yang agak kurang selesa dibuatnya, so ummi nekad quit even dia offer gaji RM1700.

Now here I am, as minah kilang again.with executive title.more works and projects to be done, more knowledge expected, more responsibilities and job scopes. But all these have contributed in developing my skill, communications and knowledge.

Little that I know about my dear hubby past working experiences.

Dia pernah kerja di sebuah hotel di Kota Bharu (bell boy?) after SPM

Dia pernah kerja di sebuah kedai serbaneka di hospital

Dia pernah kerja di Mc D

Dia pernah kerja di Pizza Hut call centre..(owh…dialah pakwe hensem yg saya maksudkan…hiks*senyum simpul*.)

Pada pandangan mata ummi, dia adalah pekerja yg hebat..Arissa dan adik2 patut berbangga sebab mempunyai abah yg sgt dedikasi, komited dan bangga dengan pekerjaannya..di pejabat dialah engineer, di rumah sebagai abah yg tegas tapi penyayang as well as my personal assistant in doing house-chores!

Fun fact: Oprah Winfrey makes $10 per second.

2 comments:

  1. aku suka bacaaa entry ni.
    aku pun sebenarnya dah lama nak buat entry sejarah pekerjaan aku. inspired ni setelah membaca entry kau ni.
    :)

    ReplyDelete
  2. Nannoor..saje, as remembrance..makin lama makin short memory, urat putus hehehe

    ReplyDelete